Sunday, June 8, 2014

Islam menyatukan pelbagai bangsa

Melayu memang ada dalam sejarahnya, namun asal usulnya pun bukan beragama islam. Apa yang pasti, bangsa Melayu masa tu menganut agama Hindu. Sebelum menganut agama Hindu, kita memang tak pasti agama apa yang dianuti oleh bangsa Melayu.

Selepas kedatangan Islam, pemimpin-pemimpin yang terlebih dahulu menganut Agama Islam, baharulah diikuti oleh rakyat, Itu pun bukan semua setelah kedatangan Islam ke Tanah Melayu tetapi secara berperingkat.

Namun apabila kawasan Tanah Malaya dan disertai oleh Sabah, Sarawak dan Singapura membentuk persekutuan Malaysia, maka Perlembagaan Tanah Melayu dijadikan sebagai Perlembagaan Persekutuan tapi tidak sepenuhnya digunakan kerana ada sempadannya antara kerajaan persekutuan dan kerajaan negeri contohnya seperti di Sabah. Sebab tulah tiada bangsa Melayu di Negeri Sabah ni.


"Artikel 160 Perlembagaan Malaysia mentakrifkan pelbagai istilah yang digunakan dalam Perlembagaan Malaysia. Menurut Perkara 160 (2) Perlembagaan Malaysia, orang Melayu itu mestilah beragama Islam, mengamalkan adat budaya Melayu, bertutur menggunakan bahasa Melayu dan lahir sebelum hari merdeka sama ada di Persekutuan atau Singapaura, atau pada hari merdeka telah bermastautin di Persekutuan atau Singapura."

Tapi tu dalam Perlembagaan Malaysia. Dari sudut pandangan Islam, Bangsa tu lebih kepada bahasanya, penulisannya, budayanya dan adat resamnya.

Manfaat satu sama lain Berkenaan pengurusan kaum atau ‘ethnic management’, al-Quran menyebut: “Wahai manusia, sesungguhnya Kami menciptakan kalian daripada laki-laki dan perempuan, dan Kami menjadikan kalian berbangsa-bangsa dan bersuku-suku agar saling mengenal.” (al-Hujurat, 13).

Ayat ini jelas memberi peringatan kepada kita bahawa perkauman isu penting dan ia bukan jadi sebab untuk permusuhan, tapi supaya kita dapat mengenali, mempelajari, menghargai dan mendapat manfaat antara satu sama lain.

Bagi aku, bukan bangsa yang menyatukan Islam tetapi Agama Islam lah yang menyatukan Bangsa.

No comments: