Tuesday, June 11, 2013

Bosan bosan bosan

Bosan.. bosan.. bosan...
Itulah perkataan yang selalu keluar daripada mulut manusia termasuklah aku yang tidak dapat lari daripada mengeluarkan perkataan ni. Kadang-kadang aku merasakan hidup ni seperti tiada makna ataupun dikatakan jiwa kosong yang entah apa yang perlu dibuat. hidup ni bangun dari tidur, lepas tu buat kerja dan bila habis kerja, tak tahu apa yang hendak dibuat walaupun banyak yang perlu dibuat. Adakalanya ada rintangan hidup ini yang membuatkan rasa diri tidak perlu melakukan perkara-perkara yang perlu dilakukan akibat rintangan hidup ini.
Ada juga aku merasakan kemungkinan dan ada juga aku rasa tidak mungkin namun ini yang berlaku dalam kehidupan ini. Apabila melalui suatu ilmu yang baru iaitu secara teori dan pengalaman orang, ilmu ni hanya diberikan kepada orang-orang tertentu sahaja namun bagi aku yang memperolehinya tidak tahu caranya untuk mempergunakannya ataupun mempraktikkan dalam dunia masa kini. Aku merasakan jika aku memperaktikkan, aku akan seolah-olah seperti sempurna dalam kehidupan yang tidak pernah melakukan kesalahan, padahal kesalahan-kesalahan yang aku lakukan tidak terhitung banyaknya.
Sebab itulah aku membiarkan sahaja diri ini begini sehingga ada sesuatu perkara yang boleh membawa aku terbangun daripada tidur yang lena dalam dunia yang sementara ini. dalam hati ini juga terdetik kata-kata seorang sahabat yang mengatakan, semakin berilmu semakin banyak juga dugaan yang datang kepada oarang berilmu itu.
sekian daripada yang masih merasa bosan dalam kehidupan ini.