Wednesday, November 30, 2016

Back to December

            November Rain sudah berlalu, kini 1 Disember, sepatutnya yang dicari sudah ada, tapi siapalah kita sebagai manusia mampu merancang hanya Tuhan menentukan.

              Hidup ni sentiasa terkuai-kuai tanpa hala tuju disebabkan adakalanya matlamat sudah lari akibat banyak rintangan di dalam perjalanan. Betul lah apa yang selalu dikatakan oleh orang ramai, hidup ni macam mudah tapi menjalani nya bukan semudah yang dirancang.

              Ada masa nya mood down hingga susah nak bangkitkan diri. Ingin melupakan segala-galanya apa yang berlaku namun tidak semua dapat dilupakan kerana apa yang berlaku dimasa lalu adalah suatu kenangan yang memang tidak dapat dilupakan.

              Menjalani hidup bersama kenangan memberikan watak berubah-ubah pendirian sehingga terlupa matlamat yang sebenar di dunia ni. Mungkin esok bangkit tapi tidak bererti selamanya dapat bangkit kerana akan ada masanya akan tumbang. 

Tuesday, November 29, 2016

Semangat yang hilang.

       Assalamualaikum. Sebenarnya lama sudah saya tak update blog ni disebabkan  kesibukan diri ku dalam hal duniawi. Hujung tahun 2016 ini, baru lah berkesempatan meluahkan kata-kata di hati ke bentuk penulisan. Walaupun begitu, hakikatnya bukan 100% apa yang hati ku alami dapat diluahkan namun bersyukurlah masih lagi mampu berdiri setelah rebah tumbang jatuh sampaikan hendak memulihkan semangat pun susah.

        Tidak dinafikan, tahun 2016 ini adalah tahun yang mencabar tetapi aku tahu, berkat Doa Ibunda In Shaa Allah, Alhamdulillah semangat ku pulih. Setelah menghabiskan masa ku dengan ambil kursus, study ke sana ke mari, kerja pun di sana sini, Alhamdulillah, rezeki sudah di sini.

          Banyak sebenarnya perkara yang dirancang tidak menjadi walaupun sudah tahu selok beloknya namun ada saja  penghalangnya. Betul lah kata orang-orang tua, "jalannya tak seindah sentuhan mata, pangkalnya jauh hujungnya belum tiba" . Alhamdulillah. Di sanalah aku belajar sesuatu yang orang lain tak akan alami. 

          Kata orang, tanpa ilmu siapa lah kita, di sana lah aku menggunakan segala ilmu dari study & pengalaman hidup. Alhamdulillah, serba sedikit, ada juga dapat diselesaikan namun ada juga yang tidak mampu ku buat.

           Okay lah. Cukuplah setakat ini. Lain tajuk lain isinya tapi beginilah keadaannya apabila luahan kata-kata dihati diluahkan melalui penulisan bertaip. Terima kasih.