Pada tarikh 9 julai 2014 pukul 3.10 pagi, saya telah Share Link di Facebook saya dari laman berita harian yang dikemaskini pada 2014/07/08 - 21:11:51 iaitu mengenai tajuk "Tentera Isr4el dibenarkan kerah 40,000 askar".
Dalam perlawanan Brazil VS Germany pula, saya dikejutkan dalam separuh masa pertama dari minit ke-11 hingga minit ke 29 iaitu dalam 18 minit sahaja Germany memperolehi 5 jaringan gol dan separuh masa kedua Germany menjaringkan 2 gol minit ke 69 dan 79 manakala Brazil memperolehi jaringan sebiji gol minit ke 90.
Sewaktu kesedihan saya mengenai saudara Islam saya di Gaza terkorbannya 27 jiwa dan cedera lebih dari 130 individu, dengan secara kebetulan saya dikejutkan pula dengan kekalahan Brazil yang paling teruk dalam Sejarah bola sepak Brazil. Walaupun saya bukan penyokong Brazil namun, dilubuk hati saya ada kesedihan, kekecewaan dan tamparan hebat terhadap skuad pasukan Brazil ni. Bagaimana pula dengan penyokong Germany?.. Sudah pasti mereka gembira dengan apa yang berlaku kepada pasukan Brazil tanpa ada keraguan dan tanpa ada syak wasangka atas apa yang berlaku.
Apakah yang sebenarnya berlaku?.. Saya selalu berbincang dengan kawan-kawan atas apa yang berlaku walaupun ini hanyalah sebuah sukan tetapi disebalik sukan bola sepak ini, apa kaitannya dengan dunia ni? Apakah Fifa ni adalah sebuah badan yang sengaja menganjurkan pesta bola 4 tahun sekali untuk manusia seluruh dunia samada orang yang tu suka bermain bola sepak ataupun kaki bangku?
Adakah tujuannya untuk melalaikan umat manusia supaya lalai dengan sukan Bola Sepak ini?. Di dalam dunia bola sepak ini, muncul lah pemain-pemain bola yang ada bintang-bintang dengan harga paling tinggi di dunia.
No comments:
Post a Comment