Saturday, June 14, 2014

Menang diatas kertas, apabila berada dalam gelanggang, kertas itu bukan lagi penentu di dalam gelanggang,

Bukan kah lebih baik kalau Final World Cup 2010 begini, waktu tu aku kutuk2 berhabis Spain kerana masa tu aku sokong ayam Belanda sebab pasukan pilihan ku sudah tewas. Tapi apakan daya nasib tidak menyebelahi Belanda kerana semangat permainan Spain masa tu adalah ingin menjadi juara berkobar-kobar. 

Cerita World Cup 2014 ni pula membuat aku tersenyum, Ranking no 1 dunia boleh dibelasah sehingga menyebabkan aku tertidur sambil tersenyum di akhir2 perlawanan. Gol pertama dari Spain tu pun hanya harapkan Penalti sahaja. Nampaklah Spain ni meletakkan nasib semata-mata dalam permainan ni.

Untuk pengetahuan kita, Spain ranking no 1 dunia dalam gelanggang dalam FIFA ni manakala Netherlands pula adalah Ranking no 15. Selain darpada tu, Spain ni juara world cup 2010 dan juara piala Euro 2008 serta 2012.

Ternyatalah nasib tidak lagi menyebelahi Spain tahun 2014 ini, Spain hanya menang diatas kertas, apabila berada dalam gelanggang, kertas itu bukan lagi penentu di dalam gelanggang, 

No comments: