Ada juga dalam beberapa hari selepas #TragediMH17, aku hanya menjadi pemerhati sahaja daripada media-media Pro Barat dan media-media di tengah-tengah. Media pro Barat berjaya dengan baik apabila banyak negara dan orang ramai yang menuding jari ke arah Russia.
Sehingga kini, masih ada rakyat Malaysia yang terperangkap dalam permainan media Pro Barat tersebut. Contohnya ada segolongan manusia membuat demontrasi dihadapan kedutaan Russia oleh rakyat Malaysia sendiri. Apakah mereka lupa permainan media Pro Barat?
Tahukah? Apa yang berlaku mengenai tragedi #MH17 itu pasti akan mengakibatkan cetusan perang dunia nuklear andainya ada beberapa pihak tersilap langkah kerana ini melibatkan kuasa-kuasa Negara besar di dunia yang memiliki persenjataan yang paling tercanggih.
Dalam dunia zaman serba canggih, lakonan bukan sahaja boleh dibuat dalam Filem, tetapi lakonan boleh juga dibuat dalam dunia yang nyata dengan hanya menggunakan perang media dan kelengkapan teknologi yang serba canggih. Perancangan itu sudah dibuat melalui lakonan dalam dunia yang nyata dan bukannya kebetulan semata-mata tapi percayalah,
“Dan Mereka Merancang(tipu daya),Allah juga merancang(membalas tipu daya),Dan ALLAH sebaik-baik Perancang(membalas tipu daya)”
-surah al-Imran ayat 54
No comments:
Post a Comment