Wednesday, April 17, 2019

Teknologi hologram & rangkaian 5G di Malaysia


HUJUNG minggu ini, pameran 5G Malaysia Showcase yang berlangsung di Kompleks Perbadanan Putrajaya akan dibuka kepada orang ramai.
 
Menerusi pameran ini, pengunjung akan mengetahui sedikit sebanyak maklumat dan kegunaan yang lebih menyeluruh berkaitan rangkaian 5G.
 
Menteri Komunikasi dan Multimedia, Gobind Singh Deo telah pun melakukan lawatan ke Kompleks Perbadanan Putrajaya semalam untuk melihat persiapan acara terbabit.

Antara yang paling menarik perhatian Gempak pastinya teknologi panggilan berbentuk hologram.
undefined

 
Penggunaan teknologi ini membenarkan individu yang berada di kawasan jauh muncul di hadapan kita secara maya dalam bentuk hologram.

Demonstrasi itu diperkenalkan oleh Celcom dan menurut mereka, teknologi ini tidak hanya memberi kelebihan kepada pengguna sahaja malah ia juga mampu diperluaskan dalam bidang perubatan dan pertanian.

Walaupun hanya sekadar demonstrasi, namun Gempak percaya ia akan dilaksanakan tidak lama lagi.
 
Tambahan pula, Malaysia kini sedang giat membangunkan rangkaian 5G yang jauh lebih laju daripada 4G.
Sambungan 5G mampu mencapai kelajuan maksima pada 20Gbps manakala 4G pula hanya boleh mencapai tahap 1Gbps pada tahap terbaik.
 
Kelajuan 5G adalah 20 kali ganda daripada 4G!

No comments: