Tuesday, July 22, 2014

Despite Tragedy MH17

There are also a few days after # TragediMH17, I'm just an observer only of the West Pro media and the media in the middle. Pro-Western media succeeded well when many countries and many people blame the Russians.

Up to now, there are still Malaysians caught in a media game is Pro West. For instance, some people make a demonstration in front of the Russian embassy by Malaysians. Did they forget the game Pro Western media?

Know? What happened on that tragic # MH17 will end up sparking a nuclear world war supposing there is some party going wrong because it involves great powers of the world that have the most cutting-edge weaponry.

In a world of sophisticated era, acting not only can be made in Hollywood, but the play can also be made in the real world using only the media war and state of the art technology equipment. The plan was created through her ​​role in the real world rather than mere coincidence, but believe me,

"And they plot (plot), Allah also planned (reply intrigue), and Allah the best of Planners (reply intrigue)"
-surah al-Imran,  54

Disebalik Tragedi MH17

Ada juga dalam beberapa hari selepas ‪#‎TragediMH17‬, aku hanya menjadi pemerhati sahaja daripada media-media Pro Barat dan media-media di tengah-tengah. Media pro Barat berjaya dengan baik apabila banyak negara dan orang ramai yang menuding jari ke arah Russia.
Sehingga kini, masih ada rakyat Malaysia yang terperangkap dalam permainan media Pro Barat tersebut. Contohnya ada segolongan manusia membuat demontrasi dihadapan kedutaan Russia oleh rakyat Malaysia sendiri. Apakah mereka lupa permainan media Pro Barat?

Tahukah? Apa yang berlaku mengenai tragedi ‪#‎MH17‬ itu pasti akan mengakibatkan cetusan perang dunia nuklear andainya ada beberapa pihak tersilap langkah kerana ini melibatkan kuasa-kuasa Negara besar di dunia yang memiliki persenjataan yang paling tercanggih.
Dalam dunia zaman serba canggih, lakonan bukan sahaja boleh dibuat dalam Filem, tetapi lakonan boleh juga dibuat dalam dunia yang nyata dengan hanya menggunakan perang media dan kelengkapan teknologi yang serba canggih. Perancangan itu sudah dibuat melalui lakonan dalam dunia yang nyata dan bukannya kebetulan semata-mata tapi percayalah,
“Dan Mereka Merancang(tipu daya),Allah juga merancang(membalas tipu daya),Dan ALLAH sebaik-baik Perancang(membalas tipu daya)” 

-surah al-Imran ayat 54

Saturday, July 12, 2014

Konspirasi Sebalik Fifa dan Perang minda

Pada tarikh 9 julai 2014 pukul 3.10 pagi, saya telah Share Link di Facebook saya dari laman berita harian yang dikemaskini pada  2014/07/08 - 21:11:51 iaitu mengenai tajuk "Tentera Isr4el dibenarkan kerah 40,000 askar".

Dalam perlawanan Brazil VS Germany pula, saya dikejutkan dalam separuh masa pertama  dari minit ke-11 hingga minit ke 29 iaitu dalam 18 minit sahaja Germany memperolehi 5 jaringan gol dan separuh masa kedua Germany menjaringkan 2 gol minit ke 69 dan 79 manakala Brazil memperolehi jaringan sebiji gol  minit ke 90.

Sewaktu kesedihan saya mengenai saudara Islam saya di Gaza terkorbannya 27 jiwa dan cedera lebih dari 130 individu, dengan secara kebetulan saya dikejutkan pula dengan kekalahan Brazil yang paling teruk dalam Sejarah bola sepak Brazil. Walaupun saya bukan penyokong Brazil namun, dilubuk hati saya ada kesedihan, kekecewaan dan tamparan hebat terhadap skuad pasukan Brazil ni. Bagaimana pula dengan penyokong Germany?.. Sudah pasti mereka gembira dengan apa yang berlaku kepada pasukan Brazil tanpa ada keraguan dan tanpa ada syak wasangka atas apa yang berlaku.

Apakah yang sebenarnya berlaku?.. Saya selalu berbincang dengan kawan-kawan atas apa yang berlaku walaupun ini hanyalah sebuah sukan tetapi disebalik sukan bola sepak ini, apa kaitannya dengan dunia ni? Apakah Fifa ni adalah sebuah badan yang sengaja menganjurkan pesta bola 4 tahun sekali untuk manusia seluruh dunia samada orang yang tu suka bermain bola sepak ataupun kaki bangku?

Adakah tujuannya untuk melalaikan umat manusia supaya lalai dengan sukan Bola Sepak ini?. Di dalam dunia bola sepak ini, muncul lah pemain-pemain bola yang ada bintang-bintang dengan harga paling tinggi di dunia.

Saturday, June 14, 2014

Menang diatas kertas, apabila berada dalam gelanggang, kertas itu bukan lagi penentu di dalam gelanggang,

Bukan kah lebih baik kalau Final World Cup 2010 begini, waktu tu aku kutuk2 berhabis Spain kerana masa tu aku sokong ayam Belanda sebab pasukan pilihan ku sudah tewas. Tapi apakan daya nasib tidak menyebelahi Belanda kerana semangat permainan Spain masa tu adalah ingin menjadi juara berkobar-kobar. 

Cerita World Cup 2014 ni pula membuat aku tersenyum, Ranking no 1 dunia boleh dibelasah sehingga menyebabkan aku tertidur sambil tersenyum di akhir2 perlawanan. Gol pertama dari Spain tu pun hanya harapkan Penalti sahaja. Nampaklah Spain ni meletakkan nasib semata-mata dalam permainan ni.

Untuk pengetahuan kita, Spain ranking no 1 dunia dalam gelanggang dalam FIFA ni manakala Netherlands pula adalah Ranking no 15. Selain darpada tu, Spain ni juara world cup 2010 dan juara piala Euro 2008 serta 2012.

Ternyatalah nasib tidak lagi menyebelahi Spain tahun 2014 ini, Spain hanya menang diatas kertas, apabila berada dalam gelanggang, kertas itu bukan lagi penentu di dalam gelanggang, 

Sejarah ringkas Italy dalam FIFA WORLD CUP.

Sejarah ringkas Italy dalam FIFA World Cup
-Italy pernah menjadi Juara pada tahun 1934, 1938, 1982 dan 2006.
Bermulanya tahun 1994, masa tu ramai penyokong Brazil sehingga kini. Sebab tu lah tidak dinafikan, akibat sejarah tahun 1994 ramai penyokong Brazil kerana pasukan negara tu menjadi juara. Negara apakah yang dijumpai oleh Brazil semasa final World Cup tu pada tahun 1994? Tidak lain dan tidak bukan adalah Italy dalam masa 120 minit keputusan 0-0. Brazil hanya mampu mengalahkan Italy dengan drama tendangan penalti sahaja dengan keputusan (3-2).
Pasukan Brazil disenaraikan mempunyai pemain penyerang yang terbaik iaitu Romario manakala pemain tengahnya yang terbaik iaitu Dunga dan pertahanannya yang terbaik ialah Jorginho. Pasukan Italy pula disenaraikan hanya mempunyai pemain penyerang dan pemain pertahanan iaitu Roberto Baggio dan Paolo Maldini.
Dalam analisis tersebut, boleh dikatakan Brazil mampu mengalahkan Italy dalam masa 90 minit sahaja tetapi apakan daya, strategi pertahanan Italy memang kental sehingga masa tambahan diberi 30 minit pun tidak mampu pasukan Brazil menembusi gawang gol Italy.
Waktu itu lah penulis bermula meminati Italy berbanding dengan Brazil sehingga kini pada tahun 2014 walaupun pada tahun 1998 Italy tewas oleh France dalam suku akhir drama penalti 0-0 (4-3). Tahun 1998 tu, France adalah Tuan Rumah World Cup 1998. Pada tahun 2002 pula, sekali lagi Italy ditewaskan oleh Tuan Rumah dalam pusingan kedua iaitu Korea Selatan sebanyak 2-1.
Pada tahun 2006, apabila Italy berjumpa Tuan rumah World Cup iaitu pasukan Germany dalam separuh akhir, Italy telah menghapuskan sumpah tu dengan mengalahkan Tuan rumah tersebut dengan jaringan 2-0. Dengan terhapusnya sejarah lampau tahun 1998 dan 2002 itu, iaitu dikalahkan Oleh Tuan rumah, akhirnya telah berjaya membawa pasukan Italy ini ke perlawanan akhir berjumpa dengan France.
Imbasan sejarah berulang kembali pada tahun 1998, namun France bukan lagi Tuan Rumah pada tahun 2006. Oleh kerana Italy sudah menghapuskan sejarahnya dikalahkan oleh Tuan Rumah,France tewas dengan jaringan penalti 5-3. Akhirnya dendam Italy kepada France sudah terbalas dan menjadi juara Piala Dunia pada tahun 2006.
Pada tahun 2010, dalam peringkat kumpulan Italy tidak dapat meneruskan ke pusingan kedua kerana menduduki tempat ke-4 dalam kumpulan F. Walaupun begitu, tidaklah seteruk mana pun sebab Italy seri dua kali dan hanya kalah sekali dalam peringkat kumpulan.
Piala Dunia 4 tahun sudah berlalu, kini muncul kembali pada tahun 13-06-2014. Pasukan Italy dalam kumpulan maut (D) iaitu dianggotai oleh pasukan Uruguay, Costa Rica dan England. Uruguay adalah juara pertama dalam Piala Dunia pada tahun 1930 dan pada tahun 1950 selepas Italy menjadi juara 1934 dan 1938. Manakala England hanya pernah menjadi juara pada tahun 1966. Costa Rica pula kurang menyerlah dalam PIala dunia.
Alhamdulillah. Akhirnya selesai juga penulisan mengenai sejarah ringkas dan ulasan yang sedikit sebagai penyokong Italy dengan menjadikan wikipedia dan pengalaman serta pembacaan penulis dari majalah dan surat khabar sebagai sumber.

Sunday, June 8, 2014

Kenapa dia tahu?

Entahlah.. muka ku ni memang dikenali seorang perokok tegar kah walaupun orang yang tak kenal tengok muka aku ni?

***kisahnya begini..

Lokasi dan tempat ni aku rahsiakan, cukuplah sekadar agak2 saja. Hehe..

Diringkaskan cerita, selepas sarapan pagi, aku keluar lah dari kawasan larangan merokok untuk hisap rokok (tabiat perokok tegar, selepas makan hisap rokok). Dalam perjalanan keluar berjalan kaki, tetiba aku nampak lah seseorang yang tidak dikenali dihadapan melihat aku seolah-olah mengenali aku. Lepas tu, dia guna isyarat tangan 2 jari ke bibir. Isyarat begitu, seorang perokok memang faham.

Aku pun buat muka selamba sambil keluarkan rokok dari poket beg doraemon aku dan cakap kepada orang tu, ko tu sakit, boleh hisap rokok kah?.. Orang tu jawablah, boleh bah.. Aku tanya lagi, hisap rokok di mana?.. dia jawab, ni saja dekat tempat parking kereta.. Aku jelaskan lagi, sini nda boleh hisap rokok. Dia balas sama aku, boleh bah..

Kalau ko kena tangkap hisap rokok di kawasan larangan merokok ni, apa boleh buat <--- kata-kata ni dalam minda ku saja. hehe..

So, ending cerita, dia bakar rokok tempat yang sama aku berbual dengan orang tu dan lepas tu aku berlalulah ke lokasi luar kawasan larangan merokok dan aku hisap rokok dulu arrr.. haha.. 

Persoalaannya seperti diatas berlegar-legar dikepalaku.
 

Islam menyatukan pelbagai bangsa

Melayu memang ada dalam sejarahnya, namun asal usulnya pun bukan beragama islam. Apa yang pasti, bangsa Melayu masa tu menganut agama Hindu. Sebelum menganut agama Hindu, kita memang tak pasti agama apa yang dianuti oleh bangsa Melayu.

Selepas kedatangan Islam, pemimpin-pemimpin yang terlebih dahulu menganut Agama Islam, baharulah diikuti oleh rakyat, Itu pun bukan semua setelah kedatangan Islam ke Tanah Melayu tetapi secara berperingkat.

Namun apabila kawasan Tanah Malaya dan disertai oleh Sabah, Sarawak dan Singapura membentuk persekutuan Malaysia, maka Perlembagaan Tanah Melayu dijadikan sebagai Perlembagaan Persekutuan tapi tidak sepenuhnya digunakan kerana ada sempadannya antara kerajaan persekutuan dan kerajaan negeri contohnya seperti di Sabah. Sebab tulah tiada bangsa Melayu di Negeri Sabah ni.


"Artikel 160 Perlembagaan Malaysia mentakrifkan pelbagai istilah yang digunakan dalam Perlembagaan Malaysia. Menurut Perkara 160 (2) Perlembagaan Malaysia, orang Melayu itu mestilah beragama Islam, mengamalkan adat budaya Melayu, bertutur menggunakan bahasa Melayu dan lahir sebelum hari merdeka sama ada di Persekutuan atau Singapaura, atau pada hari merdeka telah bermastautin di Persekutuan atau Singapura."

Tapi tu dalam Perlembagaan Malaysia. Dari sudut pandangan Islam, Bangsa tu lebih kepada bahasanya, penulisannya, budayanya dan adat resamnya.

Manfaat satu sama lain Berkenaan pengurusan kaum atau ‘ethnic management’, al-Quran menyebut: “Wahai manusia, sesungguhnya Kami menciptakan kalian daripada laki-laki dan perempuan, dan Kami menjadikan kalian berbangsa-bangsa dan bersuku-suku agar saling mengenal.” (al-Hujurat, 13).

Ayat ini jelas memberi peringatan kepada kita bahawa perkauman isu penting dan ia bukan jadi sebab untuk permusuhan, tapi supaya kita dapat mengenali, mempelajari, menghargai dan mendapat manfaat antara satu sama lain.

Bagi aku, bukan bangsa yang menyatukan Islam tetapi Agama Islam lah yang menyatukan Bangsa.