Ini memang cerita yang paling menggemparkan sampaikan saya pun tidak terkecuali membeli minyak kereta hingga penuh pada hari tu..
begini ceritanya, masa tu saya di kedai komputer abang saya dan sedang asyik bermain game dan secara tiba2 saja ada org masuk ke kedai komputer abang saya dan memberitahu semua stesen minyak nak tutup dan dengan selambanya saya pun mengambil kunci kereta dan membeli minyak di stesen minyak shell bandau.
Masa tu, x ramai org yang beli cuma ada beberapa buah kereta saja yang beli minyak. Mungkin ramai yang belum tahu pasal stesen minyak nak tutup masa tu. X lama kemudian selepas saya beli minyak dan parking semula di depan kedai abang saya, saya tengok ada ramai org membeli minyak di stesen minyak ESSO sana kedai lama Membakut.
Ramai juga lah masa tu, semua asyik bawa gelen ( yang x ada bawa kenderaan lah dan ada yang nak stock dan sbgainya..)
Jadi, masa tu jugalah aku ambil gambar di stesen minyak tu...
No comments:
Post a Comment