Pada pukul 8.20 minit pagi, saya pergi ke LCCT dengan menaiki kapal terbang dan semasa penerbangan tu dalam masa 40 minit tu, saya tidur lah sebab mengantuk sangat tengok bola turkey melawan croatia.
Selepas tu, saya pun sampai di LCCT tu pada pukul 9 lebih tu dan menunggu lagi lah penerbangan saya dari LCCT ke Sabah. Sambil menunggu penerbangan, seperti biasa juga lah, saya jalan-jalan di LCCT tu. Tengok orang lalu-lalang, beli surat khbar, hisap rokok ( amaran : merokok membahayakan kesihatan ) , pergi makan dan macam2 lagi sambil menunggu flight saya.
Setelah sampai masa flight saya, seperti macam biasa juga lah, saya check in dan naik lah ke dalam kapal terbang tu dan pada masa tu, saya tengok keadaan tempat duduk di kapal terbang tu seperti nak penuh sebab terlalu ramai org pergi ke Sabah.
So, seperti biasa, saya tidur saja lah semasa dalam penerbangan tu. Sedap rupanya tidur semasa dalam penerbangan ni, macam melayang2 di udara lah.. Setelah saya sedar, kapal pun mendarat dan saya tengok ada budak kecil di sebelah saya ni ketakutan. Entahlah tak tahu kenapa. Jadi, untuk menenangkan budak tu, saya bertanya lah apa yang patut, rupanya budak tu dari sekolah rendah Kuantan Pahang yang mengikuti program lawatan ke negeri Sabah. Saya rasa, bagus juga lah ada lawatan begini ni, sekurang-kurangnya, budak-budak tak terfikir atau terbayang apa yang ada di negeri Sabah tu.
Sambung cerita pula, jadi, saya pun sampai ke Sabah dan balik lah dulu ke kampung sebab saya malas nak jalan2 di bandaraya kk.
continue..
No comments:
Post a Comment