Wednesday, June 25, 2008

Kekecohan Stesen Minyak Tutup

Ini memang cerita yang paling menggemparkan sampaikan saya pun tidak terkecuali membeli minyak kereta hingga penuh pada hari tu..

begini ceritanya, masa tu saya di kedai komputer abang saya dan sedang asyik bermain game dan secara tiba2 saja ada org masuk ke kedai komputer abang saya dan memberitahu semua stesen minyak nak tutup dan dengan selambanya saya pun mengambil kunci kereta dan membeli minyak di stesen minyak shell bandau.

Masa tu, x ramai org yang beli cuma ada beberapa buah kereta saja yang beli minyak. Mungkin ramai yang belum tahu pasal stesen minyak nak tutup masa tu. X lama kemudian selepas saya beli minyak dan parking semula di depan kedai abang saya, saya tengok ada ramai org membeli minyak di stesen minyak ESSO sana kedai lama Membakut.

Ramai juga lah masa tu, semua asyik bawa gelen ( yang x ada bawa kenderaan lah dan ada yang nak stock dan sbgainya..)

Jadi, masa tu jugalah aku ambil gambar di stesen minyak tu...


Tuesday, June 24, 2008

Kembalinya Saya Ke Sabah

Pada pukul 8.20 minit pagi, saya pergi ke LCCT dengan menaiki kapal terbang dan semasa penerbangan tu dalam masa 40 minit tu, saya tidur lah sebab mengantuk sangat tengok bola turkey melawan croatia.

Selepas tu, saya pun sampai di LCCT tu pada pukul 9 lebih tu dan menunggu lagi lah penerbangan saya dari LCCT ke Sabah. Sambil menunggu penerbangan, seperti biasa juga lah, saya jalan-jalan di LCCT tu. Tengok orang lalu-lalang, beli surat khbar, hisap rokok ( amaran : merokok membahayakan kesihatan ) , pergi makan dan macam2 lagi sambil menunggu flight saya.

Setelah sampai masa flight saya, seperti macam biasa juga lah, saya check in dan naik lah ke dalam kapal terbang tu dan pada masa tu, saya tengok keadaan tempat duduk di kapal terbang tu seperti nak penuh sebab terlalu ramai org pergi ke Sabah.

So, seperti biasa, saya tidur saja lah semasa dalam penerbangan tu. Sedap rupanya tidur semasa dalam penerbangan ni, macam melayang2 di udara lah.. Setelah saya sedar, kapal pun mendarat dan saya tengok ada budak kecil di sebelah saya ni ketakutan. Entahlah tak tahu kenapa. Jadi, untuk menenangkan budak tu, saya bertanya lah apa yang patut, rupanya budak tu dari sekolah rendah Kuantan Pahang yang mengikuti program lawatan ke negeri Sabah. Saya rasa, bagus juga lah ada lawatan begini ni, sekurang-kurangnya, budak-budak tak terfikir atau terbayang apa yang ada di negeri Sabah tu.

Sambung cerita pula, jadi, saya pun sampai ke Sabah dan balik lah dulu ke kampung sebab saya malas nak jalan2 di bandaraya kk.

continue..

Friday, June 6, 2008

Pendahuluan

Assalamualaikum dan salam sejahtera...

Ini blog saya yang keempat saya buat pada waktu pagi sambil mendengar lagu2 rock 90 an yang di pasang oleh kawan saya yang pada waktu ni mereka sedang tidur nyenyak..

Mungkin disebabkan saya kurang berpengalaman dalam membina kerana asas saya belajar mencipta laman blog ini adalah melalui laman sms.ac, friendster, myspace, dailymotion, youtube, multiply, yahoo dan banyak lagi lah..

Saya ini mula dalam dunia internet adalah pada tahun 1997 yang pada waktu tu saya hanya tahu pencarian menggunakan browser netscape dan pelayar yang digunakan ialah http://www.yahoo.com/ dan chating menggunakan MIRC. Saya mula chating ni lewat sikit mungkin dalam tahun 1998.

Saya terdedah pada dunia komputer dan internat bukan disebabkan daripada kawan-kawan, majalah, tv dan radio tapi ianya terdedah sendiri daripada keluarga saya iaitu daripada abang saya yang mengenalkan komputer dan internet. Tapi, waktu tu saya tak faham pasal komputer dan internet ni sebab ianya masih lagi kurang maklumat dalam berbahasa melayu dan kebanyakannya berbahasa inggeris.

Jadi, dipendekkan cerita, saya mula-mula menggunakan komputer ni hanya lah untuk bermain game saja, jadi, saya kurang lah nak belajar untuk menaip dan melayari internet ni sebabnya dulu kan pembayaran internet ni mahal. Kalau tak silap saya dulu gunakan perkhidmatan jaring.net dan tm.net.my. bayarannya pula saya kurang pasti, mungkin dalam RM1.50 sejam.

Tapi, apabila waktu MIRC popular, saya selalu lah chating di dalam sana tu. Channel yang pertama saya masuk adalah #mamak kemudian #kampung dan diikuti #sabah. Seterusnya pula, saya tak ingat lagi. Nickname yang pertama saya gunakan pula ialah jei kemudian saya tukar pula germ001 dan sekarang kalau untuk saya selalu gunakan nick KhUrAyAtZ. Tapi, sekarang saya jarang sudah chating sebab sibuk dengan belajar lepas tu kerja, lepas tu belajar pula kemudian kerja, lepas tubelajar, kemudian buisness dan lepas tu kerja seterusnya pula belajar lah sekarang ni.

Ok.. Kita lupakan lah pula mengenai chating tu dan berbalik mengenai melayari internet ni, maklumat yang pertama saya cari pada waktu tu adalah mencari kenalan tetapi tiada masa tu sebab masa tu macam tidak ada rasanya laman web untuk berkenalan walaupun dalam sejarah internet benda tu dah ada. Mungkin lah sebab saya kurang nak cari benda2 tu sebab wak tu umur saya 14 tahun dan kurang minat dengan berkenalan2 ni tetapi selepas saja belajar chating ni, saya belajar lah pula buat email. email saya dulu tu ialah daus82_boy@yahoo.com sekarang ni tak wujud lagi. Kenapa tak wujud?... ini disebabkan saya sibuk masa tu iaitu pada pertengahan tahun 2002 hinggalah pertengahan tahun 2004. Lama kan.. biasalah tu, sebab tu saya banyak ketinggalan dan pada tahun pertengahan 2004 tu juga lah saya aktif tapi tidak lah juga berapa aktif. hehehe..

Pertengahan 2004 tu, saya rasa masa itu lah saya guna nickname KhUrAyAtZ untuk chating dan email pula ialah khurayatz@yahoo.com. Masa tu juga lah saya daftar nombor telefon digi saya melalui internet iaitu nombor telefon ni 016-8175324. Tapi sekarang ni tak ada lagi sebab simcard tu dah rosak dan saya tak ada masa nak ke pusat digi di kk sabah tu. Jadi, saya cari lah nombor baru dan membelinya serta saya gunakan sekarang ni...

Boleh dikatakan banyak ketinggalan dalam dunia komputer dan internet disebabkan kesibukan saya kerja dan belajar. Lagipun, masa tu susah sebab perkhidmatan kurang maju, lainlah macam sekarang ni, macam2 ada. Internet boleh dilajukan, buisness internet pun tak payah gunakan kad kredit pun boleh sekarang. Itu sebab lah susah nak maju pada waktu tu dan sekarang ni senang pula.

Jadi, dengan berbagai2 perkhidmatan sekarang ni, saya akan majukan diri saya walaupun pengetahuan saya mengenai komputer dan internet kurang . Oleh itu, saya KhUrAyAtZ akan beraksi.. ok.. Assalamulaikum.....