Sunday, September 28, 2008

takrifan dunia iT

According to ethical angle and real definition hacker and cracker are two another individual, however they can into one or known as greyhat.This group capable to take over something website from his administrator and had ability to access something computer although it ber'password' and possesses various security feature, however ,ia depend upon their wisdom doing hacking

Hacker
Hacker is computer professional class or IT, they can constitute computer engineer , programmer and so on which owns inside superior knowledge something computer system.Hacker own interest and depth of knowledge in IT world until capable to identify weakness sesutu system by doing test try to something the system.However ,para hacker nothing doing any damages to something the system and it is is ethic a hacker. Hacker normally finish most his time by doing range of matters to more understanding world of computers and they are always curious in any matter about world of computers and continuous learning from mistake. They are also known as group white hat.

Cracker
Group black hat deviant too long.This group disregard their act result and effect upper other people.This group doing illegal activity for keseronakan and their interest solely.This group deliberately trespassing to do act of sabotaging ,pengkhianatan and so on.Group this is actually commit depravity in world IT whether doing invasion, spyware and so on but group hacker on the other hand scapegoats.

Script Kiddies
This group also is from race cracker but this group not own depth of knowledge in IT such as programming field and how the computer work but knowledge to do hacking.Activity hacking they need help software or tool had been created by shelf hacker which originally by way of something goodness but were blamed use but there is also software created especially for doing things hacking.


Greyhat
was combination of hacker and cracker.This group such as hacker very interested to master computer knowledge.This group inquiring and learn and did not give up in learn computer knowledge.This group often do invasion and doing damages but they would let administrator something system or website know activity they doing ,they easy deal their knowledge to anyone who inquisitive and learn hacking

-------------------------------------------------------------------------------------------------

Mengikut sudut etika dan definisi sebenar hacker dan cracker adalah dua individu berbeza, walaubagaimanapun mereka boleh menjadi satu atau dikenali sebagai greyhat.Golongan ini berkeupayaan untuk mengambil alih sesuatu laman web dari pentadbirnya dan mempunyai kemampuan untuk memasuki sesuatu komputer walaupun ianya ber'password' dan memiliki pelbagai ciri keselamatan,namun,ia bergantung pada kebijaksanaan mereka melakukan hacking

Hacker
Hacker merupakan golongan profesional komputer atau IT, mereka boleh terdiri daripada jurutera komputer,pengaturcara dan sebagainya yang memiliki pengetahuan tinggi dalam sesuatu sistem komputer.Hacker mempunyai minat serta pengetahuan yang mendalam dalam dunia IT sehingga berkeupayaan untuk mengenalpasti kelemahan sesutu sistem dengan melakukan uji cuba terhadap sesuatu sistem itu.Namun,para hacker tidak akan melakukan sebarang kerosakkan terhadap sesuatu sistem itu dan ia adalah merupakan etika seorang hacker. Hacker biasanya menghabiskan sebahagian besar waktunya dengan melakukan pelbagai perkara untuk lebih memahami dunia komputer dan mereka sentiasa ingin tahu dalam apa jua perkara berkaitan dengan dunia komputer serta sentiasa belajar dari kesilapan.Mereka juga dikenali sebagai golongan white hat.


Cracker
Golongan black hat yang menyimpang terlalu jauh.Golongan ini tidak mempedulikan akibat perbuatan mereka serta kesan keatas orang lain.Golongan ini melakukan aktiviti haram demi keseronakan serta kepentingan mereka semata-mata.Golongan ini dengan sengaja menceroboh untuk melakukan perbuatan sabotaj,pengkhianatan dan sebagainya.Golongan inilah yang sebenarnya melakukan perbuatan keji dalam dunia IT sama ada melakukan pencerobohan, spyware dan sebagainya tetapi golongan hacker pula yang dipersalahkan.

Script Kiddies
Golongan ini juga adalah dari kaum cracker tetapi golongan ini tidaklah memiliki pengetahuan yang mendalam dalam IT seperti bidang pengaturcaraan serta bagaimana komputer itu bekerja melainkan pegetahuan untuk melakukan hacking.Aktiviti hacking mereka memerlukan bantuan perisian atau tool yang telah dicipta oleh para hacker yang pada asalnya untuk tujuan kebaikkan tetapi telah disalah guna tetapi ada juga perisian yang dicipta khas untuk melakukan aktiviti hacking.

Greyhat
ialah gabungan daripada hacker dan cracker.Golongan ini seperti hacker yang sangat berminat untuk menguasai ilmu komputer.Golongan ini suka bertanya dan belajar serta tidak putus asa dalam mempelajari ilmu komputer.Golongan ini sering melakukan pencerobohan dan melakukan kerosakkan tetapi mereka akan membiarkan pentadbir sesuatu sistem atau laman web mengetahui aktiviti yang mereka lakukan,mereka mudah membahagi-bahagikan ilmu mereka kepada sesiapa yang ingin mengetahui dan mempelajari hacking

Monday, September 15, 2008

Selamat Berpuasa & Selamat Menyambut Hari Raya Aidilfitri yang akan bakal menjelang tiba...

Assalamualaikum... Selamat Berpuasa & Selamat Menyambut Hari Raya Aidilfitri yang akan bakal menjelang tiba...

Sedih juga rasanya aku pada tahun ni sebab x dapat menyambut raya di kampung sendiri ni... isk isk isk... Apa boleh buat, beginilah nasib seorang perantau yang yang jauh daripada kampung.. ahahahha!!... Nak balik raya pun x cukup cuti sebab hanya boleh kira guna jari cuti raya ni... hehhe...

Apa2 pun, aku x kisah sebabnya aku nak juga merasa beraya di tempat org ni kan.. hehhe.. mungkin ini adalah sekali pertama seumur hidup aku untuk selamanya di dunia ni aku beraya di tempat orang...

Jadi, sebagai empunya laman blog ni, saya ucapkan Selamat Berpuasa & Selamat Menyambut Hari Raya Aidilfitri yang akan bakal menjelang tiba...

wassalam...

Wednesday, June 25, 2008

Kekecohan Stesen Minyak Tutup

Ini memang cerita yang paling menggemparkan sampaikan saya pun tidak terkecuali membeli minyak kereta hingga penuh pada hari tu..

begini ceritanya, masa tu saya di kedai komputer abang saya dan sedang asyik bermain game dan secara tiba2 saja ada org masuk ke kedai komputer abang saya dan memberitahu semua stesen minyak nak tutup dan dengan selambanya saya pun mengambil kunci kereta dan membeli minyak di stesen minyak shell bandau.

Masa tu, x ramai org yang beli cuma ada beberapa buah kereta saja yang beli minyak. Mungkin ramai yang belum tahu pasal stesen minyak nak tutup masa tu. X lama kemudian selepas saya beli minyak dan parking semula di depan kedai abang saya, saya tengok ada ramai org membeli minyak di stesen minyak ESSO sana kedai lama Membakut.

Ramai juga lah masa tu, semua asyik bawa gelen ( yang x ada bawa kenderaan lah dan ada yang nak stock dan sbgainya..)

Jadi, masa tu jugalah aku ambil gambar di stesen minyak tu...


Tuesday, June 24, 2008

Kembalinya Saya Ke Sabah

Pada pukul 8.20 minit pagi, saya pergi ke LCCT dengan menaiki kapal terbang dan semasa penerbangan tu dalam masa 40 minit tu, saya tidur lah sebab mengantuk sangat tengok bola turkey melawan croatia.

Selepas tu, saya pun sampai di LCCT tu pada pukul 9 lebih tu dan menunggu lagi lah penerbangan saya dari LCCT ke Sabah. Sambil menunggu penerbangan, seperti biasa juga lah, saya jalan-jalan di LCCT tu. Tengok orang lalu-lalang, beli surat khbar, hisap rokok ( amaran : merokok membahayakan kesihatan ) , pergi makan dan macam2 lagi sambil menunggu flight saya.

Setelah sampai masa flight saya, seperti macam biasa juga lah, saya check in dan naik lah ke dalam kapal terbang tu dan pada masa tu, saya tengok keadaan tempat duduk di kapal terbang tu seperti nak penuh sebab terlalu ramai org pergi ke Sabah.

So, seperti biasa, saya tidur saja lah semasa dalam penerbangan tu. Sedap rupanya tidur semasa dalam penerbangan ni, macam melayang2 di udara lah.. Setelah saya sedar, kapal pun mendarat dan saya tengok ada budak kecil di sebelah saya ni ketakutan. Entahlah tak tahu kenapa. Jadi, untuk menenangkan budak tu, saya bertanya lah apa yang patut, rupanya budak tu dari sekolah rendah Kuantan Pahang yang mengikuti program lawatan ke negeri Sabah. Saya rasa, bagus juga lah ada lawatan begini ni, sekurang-kurangnya, budak-budak tak terfikir atau terbayang apa yang ada di negeri Sabah tu.

Sambung cerita pula, jadi, saya pun sampai ke Sabah dan balik lah dulu ke kampung sebab saya malas nak jalan2 di bandaraya kk.

continue..

Friday, June 6, 2008

Pendahuluan

Assalamualaikum dan salam sejahtera...

Ini blog saya yang keempat saya buat pada waktu pagi sambil mendengar lagu2 rock 90 an yang di pasang oleh kawan saya yang pada waktu ni mereka sedang tidur nyenyak..

Mungkin disebabkan saya kurang berpengalaman dalam membina kerana asas saya belajar mencipta laman blog ini adalah melalui laman sms.ac, friendster, myspace, dailymotion, youtube, multiply, yahoo dan banyak lagi lah..

Saya ini mula dalam dunia internet adalah pada tahun 1997 yang pada waktu tu saya hanya tahu pencarian menggunakan browser netscape dan pelayar yang digunakan ialah http://www.yahoo.com/ dan chating menggunakan MIRC. Saya mula chating ni lewat sikit mungkin dalam tahun 1998.

Saya terdedah pada dunia komputer dan internat bukan disebabkan daripada kawan-kawan, majalah, tv dan radio tapi ianya terdedah sendiri daripada keluarga saya iaitu daripada abang saya yang mengenalkan komputer dan internet. Tapi, waktu tu saya tak faham pasal komputer dan internet ni sebab ianya masih lagi kurang maklumat dalam berbahasa melayu dan kebanyakannya berbahasa inggeris.

Jadi, dipendekkan cerita, saya mula-mula menggunakan komputer ni hanya lah untuk bermain game saja, jadi, saya kurang lah nak belajar untuk menaip dan melayari internet ni sebabnya dulu kan pembayaran internet ni mahal. Kalau tak silap saya dulu gunakan perkhidmatan jaring.net dan tm.net.my. bayarannya pula saya kurang pasti, mungkin dalam RM1.50 sejam.

Tapi, apabila waktu MIRC popular, saya selalu lah chating di dalam sana tu. Channel yang pertama saya masuk adalah #mamak kemudian #kampung dan diikuti #sabah. Seterusnya pula, saya tak ingat lagi. Nickname yang pertama saya gunakan pula ialah jei kemudian saya tukar pula germ001 dan sekarang kalau untuk saya selalu gunakan nick KhUrAyAtZ. Tapi, sekarang saya jarang sudah chating sebab sibuk dengan belajar lepas tu kerja, lepas tu belajar pula kemudian kerja, lepas tubelajar, kemudian buisness dan lepas tu kerja seterusnya pula belajar lah sekarang ni.

Ok.. Kita lupakan lah pula mengenai chating tu dan berbalik mengenai melayari internet ni, maklumat yang pertama saya cari pada waktu tu adalah mencari kenalan tetapi tiada masa tu sebab masa tu macam tidak ada rasanya laman web untuk berkenalan walaupun dalam sejarah internet benda tu dah ada. Mungkin lah sebab saya kurang nak cari benda2 tu sebab wak tu umur saya 14 tahun dan kurang minat dengan berkenalan2 ni tetapi selepas saja belajar chating ni, saya belajar lah pula buat email. email saya dulu tu ialah daus82_boy@yahoo.com sekarang ni tak wujud lagi. Kenapa tak wujud?... ini disebabkan saya sibuk masa tu iaitu pada pertengahan tahun 2002 hinggalah pertengahan tahun 2004. Lama kan.. biasalah tu, sebab tu saya banyak ketinggalan dan pada tahun pertengahan 2004 tu juga lah saya aktif tapi tidak lah juga berapa aktif. hehehe..

Pertengahan 2004 tu, saya rasa masa itu lah saya guna nickname KhUrAyAtZ untuk chating dan email pula ialah khurayatz@yahoo.com. Masa tu juga lah saya daftar nombor telefon digi saya melalui internet iaitu nombor telefon ni 016-8175324. Tapi sekarang ni tak ada lagi sebab simcard tu dah rosak dan saya tak ada masa nak ke pusat digi di kk sabah tu. Jadi, saya cari lah nombor baru dan membelinya serta saya gunakan sekarang ni...

Boleh dikatakan banyak ketinggalan dalam dunia komputer dan internet disebabkan kesibukan saya kerja dan belajar. Lagipun, masa tu susah sebab perkhidmatan kurang maju, lainlah macam sekarang ni, macam2 ada. Internet boleh dilajukan, buisness internet pun tak payah gunakan kad kredit pun boleh sekarang. Itu sebab lah susah nak maju pada waktu tu dan sekarang ni senang pula.

Jadi, dengan berbagai2 perkhidmatan sekarang ni, saya akan majukan diri saya walaupun pengetahuan saya mengenai komputer dan internet kurang . Oleh itu, saya KhUrAyAtZ akan beraksi.. ok.. Assalamulaikum.....