Sunday, October 6, 2019

Pengalaman berlari Marathon di tempat orang waktu event KLSCM 2019

Masa untuk buat karangan.....
Sebabnya ini adalah pertama kali join Event Marathon di negeri orang jauh seberang sana. Join ni pun berfikir juga entah berapa puluh kali.. 😅  Training pun ala2 kadar saja dengan persediaan yang biasa2. 😞

Disebabkan aku memang Newbie, pendaftaran pun aku nda faham.. jadi, masa register termasuk lah aku dalam kategori "Open Dunia" & bukannya "Open Malaysia" 😅 Nasib lah aku nda jadi jual Bib ni sama c Shyaldi Suhimi. Terima kasih juga kepada Nichole Octavia Emit tolong tengok status register ni & thank kepada coach Safly Gahpar ni suruh register 😅

Ragaman sebelum event ni pun macam2 😅, kurang tidur 3 malam berturut2, gara2 ada urusan dunia yang perlu diselesaikan, selepas tu, sampai KLIA pula pukul 1 am, bas lambat pukul 3.30am 😅 & ngam2 pula perut lapar, jalan2 cari makan tapi nda jumpa makanan favorite, kedai makan byk tutup di KLIA tu & hanya kedai tertentu saja ada, belasah saja lah asalkan ada makan.. 😊

Cerita hotel pula, sudah pun aku booking di "Booking.com" tapi bila sudah sampai di Hotel yg sana Petaling Street, orang di kaunter tu cakap tiada dalam sistem aku punya booking tu 😢 coach suruh p Setiawangsa ikut LRT dari Pasar Seni. Sampai sana, ada pula hotel sana, aku guna Agoda untuk check in hotel (murah sikit) 😁

Masa start tu lah yg best, macam2 karenah, tiba2 perut lapar walaupun sudah makan roti gardenia 4 bungkus 😅 mau p kencing, mengantuk lagi, kaki cramp, muscle sebelah tulang rusuk kiri boleh cramp yang nda pernah2 selama ni cramp (ada jodoh kali arr ) 😂😂😂 tutttt, Kilometer ke 21 adalah malang nasib ku, waktu tu ramai p ambil Energy Gel, masa aku ambil tu, di sana lah aku kena touch body oleh pelari2 yg lain, masa tu lah aku tumbang tapi berfikir juga mau tumbang kah nda ni, akhirnya badan ku cakap, ko tumbang saja lah 😅 akhirnya aku tumbang menghempas atas jalan tar tapi dengan selamba bangun sendiri tanpa bicara & teruskan misi sebagai finisher marathon 😂😂😂

Thank you Gilinah Gitom 😍 bagi support dari jauh semasa mental ku down ni.. nda sudah larat berlari kerana takut cramp, jadi jalan2 kaki sajalah sambil menikmati keindahan Kuala Lumpur 😍 Biar lah lambat asalkan sampai sebagai Finisher Marathon Event #KLSCM2019 & jangan DNF, cukup lah baju event aku pakai tu DNF 😅

My 1st Marathon = DNS BM2018
My 2nd Marathon = Finisher BM2019
My 3rd Marathon = Finisher KLSCM2019

Wednesday, April 17, 2019

Teknologi hologram & rangkaian 5G di Malaysia


HUJUNG minggu ini, pameran 5G Malaysia Showcase yang berlangsung di Kompleks Perbadanan Putrajaya akan dibuka kepada orang ramai.
 
Menerusi pameran ini, pengunjung akan mengetahui sedikit sebanyak maklumat dan kegunaan yang lebih menyeluruh berkaitan rangkaian 5G.
 
Menteri Komunikasi dan Multimedia, Gobind Singh Deo telah pun melakukan lawatan ke Kompleks Perbadanan Putrajaya semalam untuk melihat persiapan acara terbabit.

Antara yang paling menarik perhatian Gempak pastinya teknologi panggilan berbentuk hologram.
undefined

 
Penggunaan teknologi ini membenarkan individu yang berada di kawasan jauh muncul di hadapan kita secara maya dalam bentuk hologram.

Demonstrasi itu diperkenalkan oleh Celcom dan menurut mereka, teknologi ini tidak hanya memberi kelebihan kepada pengguna sahaja malah ia juga mampu diperluaskan dalam bidang perubatan dan pertanian.

Walaupun hanya sekadar demonstrasi, namun Gempak percaya ia akan dilaksanakan tidak lama lagi.
 
Tambahan pula, Malaysia kini sedang giat membangunkan rangkaian 5G yang jauh lebih laju daripada 4G.
Sambungan 5G mampu mencapai kelajuan maksima pada 20Gbps manakala 4G pula hanya boleh mencapai tahap 1Gbps pada tahap terbaik.
 
Kelajuan 5G adalah 20 kali ganda daripada 4G!