Kita dilahirkan hidup di dunia kerana sudah ditetapkan hidup ini iaitu mengenai soal Takdir, apa yang sudah berlaku adalah ditakdirkan walaupun dikatakan kebetulan tetapi ingatlah bahawa kebetulan itu adalah Takdir.
Berkenaan soal kebetulan, ramai yang memahami kebetulan itu hanyalah sesuatu perkara yang tidak kita rancang. Ya betul, kebetulan itu bukanlah kita yang rancang dan begitu juga apa yang kita rancang itu, bukanlah juga rancangan yang kita aturkan. Namun, bagi yang tidak memahami, mereka hanya memikirkan secara singkat sahaja.
Andainya kita berada di tepi pantai dan kita nampak ombak kuat bergelora menghempas pantai, tiba-tiba kita terlihat sebuah istana pasir terbina setelah air laut itu surut selepas menghempas pantai. Adakah kita beranggapan itu kebetulan bahawa air laut yang bergelora dan berombak menghempas pantai itu membina istana pasir?
Bagi yang berfikir secara singkat pasti akan berkata "ya" itu adalah kebetulan. Bagi yang berfikir dengan pemikiran jauh pula pasti akan berkata ianya "tidak" itu bukan kebetulan. Kenapa?
Luah-luahan kata ini hanyalah sekadar untuk kita memikirkan dan bukanlah sebagai panduan. Tidak ada jawapan di sini, ianya hanyalah sebuah teka-teki. Namun jawapannya pasti ada jika memikirkannya.
Semoga berjaya mencari.... ^_^
No comments:
Post a Comment