Sejarah ringkas Italy dalam FIFA World Cup
-Italy pernah menjadi Juara pada tahun 1934, 1938, 1982 dan 2006.
Bermulanya tahun 1994, masa tu ramai penyokong Brazil sehingga kini. Sebab tu lah tidak dinafikan, akibat sejarah tahun 1994 ramai penyokong Brazil kerana pasukan negara tu menjadi juara. Negara apakah yang dijumpai oleh Brazil semasa final World Cup tu pada tahun 1994? Tidak lain dan tidak bukan adalah Italy dalam masa 120 minit keputusan 0-0. Brazil hanya mampu mengalahkan Italy dengan drama tendangan penalti sahaja dengan keputusan (3-2).
Pasukan Brazil disenaraikan mempunyai pemain penyerang yang terbaik iaitu Romario manakala pemain tengahnya yang terbaik iaitu Dunga dan pertahanannya yang terbaik ialah Jorginho. Pasukan Italy pula disenaraikan hanya mempunyai pemain penyerang dan pemain pertahanan iaitu Roberto Baggio dan Paolo Maldini.
Dalam analisis tersebut, boleh dikatakan Brazil mampu mengalahkan Italy dalam masa 90 minit sahaja tetapi apakan daya, strategi pertahanan Italy memang kental sehingga masa tambahan diberi 30 minit pun tidak mampu pasukan Brazil menembusi gawang gol Italy.
Waktu itu lah penulis bermula meminati Italy berbanding dengan Brazil sehingga kini pada tahun 2014 walaupun pada tahun 1998 Italy tewas oleh France dalam suku akhir drama penalti 0-0 (4-3). Tahun 1998 tu, France adalah Tuan Rumah World Cup 1998. Pada tahun 2002 pula, sekali lagi Italy ditewaskan oleh Tuan Rumah dalam pusingan kedua iaitu Korea Selatan sebanyak 2-1.
Pada tahun 2006, apabila Italy berjumpa Tuan rumah World Cup iaitu pasukan Germany dalam separuh akhir, Italy telah menghapuskan sumpah tu dengan mengalahkan Tuan rumah tersebut dengan jaringan 2-0. Dengan terhapusnya sejarah lampau tahun 1998 dan 2002 itu, iaitu dikalahkan Oleh Tuan rumah, akhirnya telah berjaya membawa pasukan Italy ini ke perlawanan akhir berjumpa dengan France.
Imbasan sejarah berulang kembali pada tahun 1998, namun France bukan lagi Tuan Rumah pada tahun 2006. Oleh kerana Italy sudah menghapuskan sejarahnya dikalahkan oleh Tuan Rumah,France tewas dengan jaringan penalti 5-3. Akhirnya dendam Italy kepada France sudah terbalas dan menjadi juara Piala Dunia pada tahun 2006.
Pada tahun 2010, dalam peringkat kumpulan Italy tidak dapat meneruskan ke pusingan kedua kerana menduduki tempat ke-4 dalam kumpulan F. Walaupun begitu, tidaklah seteruk mana pun sebab Italy seri dua kali dan hanya kalah sekali dalam peringkat kumpulan.
Piala Dunia 4 tahun sudah berlalu, kini muncul kembali pada tahun 13-06-2014. Pasukan Italy dalam kumpulan maut (D) iaitu dianggotai oleh pasukan Uruguay, Costa Rica dan England. Uruguay adalah juara pertama dalam Piala Dunia pada tahun 1930 dan pada tahun 1950 selepas Italy menjadi juara 1934 dan 1938. Manakala England hanya pernah menjadi juara pada tahun 1966. Costa Rica pula kurang menyerlah dalam PIala dunia.
Alhamdulillah. Akhirnya selesai juga penulisan mengenai sejarah ringkas dan ulasan yang sedikit sebagai penyokong Italy dengan menjadikan wikipedia dan pengalaman serta pembacaan penulis dari majalah dan surat khabar sebagai sumber.
No comments:
Post a Comment