Entahlah.. muka ku ni memang dikenali seorang perokok tegar kah walaupun orang yang tak kenal tengok muka aku ni?
***kisahnya begini..
Lokasi dan tempat ni aku rahsiakan, cukuplah sekadar agak2 saja. Hehe..
Diringkaskan cerita, selepas sarapan pagi, aku keluar lah dari kawasan larangan merokok untuk hisap rokok (tabiat perokok tegar, selepas makan hisap rokok). Dalam perjalanan keluar berjalan kaki, tetiba aku nampak lah seseorang yang tidak dikenali dihadapan melihat aku seolah-olah mengenali aku. Lepas tu, dia guna isyarat tangan 2 jari ke bibir. Isyarat begitu, seorang perokok memang faham.
Aku pun buat muka selamba sambil keluarkan rokok dari poket beg doraemon aku dan cakap kepada orang tu, ko tu sakit, boleh hisap rokok kah?.. Orang tu jawablah, boleh bah.. Aku tanya lagi, hisap rokok di mana?.. dia jawab, ni saja dekat tempat parking kereta.. Aku jelaskan lagi, sini nda boleh hisap rokok. Dia balas sama aku, boleh bah..
Kalau ko kena tangkap hisap rokok di kawasan larangan merokok ni, apa boleh buat <--- kata-kata ni dalam minda ku saja. hehe..
So, ending cerita, dia bakar rokok tempat yang sama aku berbual dengan orang tu dan lepas tu aku berlalulah ke lokasi luar kawasan larangan merokok dan aku hisap rokok dulu arrr.. haha..
Persoalaannya seperti diatas berlegar-legar dikepalaku.
No comments:
Post a Comment