Sunday, October 6, 2019

Pengalaman berlari Marathon di tempat orang waktu event KLSCM 2019

Masa untuk buat karangan.....
Sebabnya ini adalah pertama kali join Event Marathon di negeri orang jauh seberang sana. Join ni pun berfikir juga entah berapa puluh kali.. 😅  Training pun ala2 kadar saja dengan persediaan yang biasa2. 😞

Disebabkan aku memang Newbie, pendaftaran pun aku nda faham.. jadi, masa register termasuk lah aku dalam kategori "Open Dunia" & bukannya "Open Malaysia" 😅 Nasib lah aku nda jadi jual Bib ni sama c Shyaldi Suhimi. Terima kasih juga kepada Nichole Octavia Emit tolong tengok status register ni & thank kepada coach Safly Gahpar ni suruh register 😅

Ragaman sebelum event ni pun macam2 😅, kurang tidur 3 malam berturut2, gara2 ada urusan dunia yang perlu diselesaikan, selepas tu, sampai KLIA pula pukul 1 am, bas lambat pukul 3.30am 😅 & ngam2 pula perut lapar, jalan2 cari makan tapi nda jumpa makanan favorite, kedai makan byk tutup di KLIA tu & hanya kedai tertentu saja ada, belasah saja lah asalkan ada makan.. 😊

Cerita hotel pula, sudah pun aku booking di "Booking.com" tapi bila sudah sampai di Hotel yg sana Petaling Street, orang di kaunter tu cakap tiada dalam sistem aku punya booking tu 😢 coach suruh p Setiawangsa ikut LRT dari Pasar Seni. Sampai sana, ada pula hotel sana, aku guna Agoda untuk check in hotel (murah sikit) 😁

Masa start tu lah yg best, macam2 karenah, tiba2 perut lapar walaupun sudah makan roti gardenia 4 bungkus 😅 mau p kencing, mengantuk lagi, kaki cramp, muscle sebelah tulang rusuk kiri boleh cramp yang nda pernah2 selama ni cramp (ada jodoh kali arr ) 😂😂😂 tutttt, Kilometer ke 21 adalah malang nasib ku, waktu tu ramai p ambil Energy Gel, masa aku ambil tu, di sana lah aku kena touch body oleh pelari2 yg lain, masa tu lah aku tumbang tapi berfikir juga mau tumbang kah nda ni, akhirnya badan ku cakap, ko tumbang saja lah 😅 akhirnya aku tumbang menghempas atas jalan tar tapi dengan selamba bangun sendiri tanpa bicara & teruskan misi sebagai finisher marathon 😂😂😂

Thank you Gilinah Gitom 😍 bagi support dari jauh semasa mental ku down ni.. nda sudah larat berlari kerana takut cramp, jadi jalan2 kaki sajalah sambil menikmati keindahan Kuala Lumpur 😍 Biar lah lambat asalkan sampai sebagai Finisher Marathon Event #KLSCM2019 & jangan DNF, cukup lah baju event aku pakai tu DNF 😅

My 1st Marathon = DNS BM2018
My 2nd Marathon = Finisher BM2019
My 3rd Marathon = Finisher KLSCM2019

Wednesday, April 17, 2019

Teknologi hologram & rangkaian 5G di Malaysia


HUJUNG minggu ini, pameran 5G Malaysia Showcase yang berlangsung di Kompleks Perbadanan Putrajaya akan dibuka kepada orang ramai.
 
Menerusi pameran ini, pengunjung akan mengetahui sedikit sebanyak maklumat dan kegunaan yang lebih menyeluruh berkaitan rangkaian 5G.
 
Menteri Komunikasi dan Multimedia, Gobind Singh Deo telah pun melakukan lawatan ke Kompleks Perbadanan Putrajaya semalam untuk melihat persiapan acara terbabit.

Antara yang paling menarik perhatian Gempak pastinya teknologi panggilan berbentuk hologram.
undefined

 
Penggunaan teknologi ini membenarkan individu yang berada di kawasan jauh muncul di hadapan kita secara maya dalam bentuk hologram.

Demonstrasi itu diperkenalkan oleh Celcom dan menurut mereka, teknologi ini tidak hanya memberi kelebihan kepada pengguna sahaja malah ia juga mampu diperluaskan dalam bidang perubatan dan pertanian.

Walaupun hanya sekadar demonstrasi, namun Gempak percaya ia akan dilaksanakan tidak lama lagi.
 
Tambahan pula, Malaysia kini sedang giat membangunkan rangkaian 5G yang jauh lebih laju daripada 4G.
Sambungan 5G mampu mencapai kelajuan maksima pada 20Gbps manakala 4G pula hanya boleh mencapai tahap 1Gbps pada tahap terbaik.
 
Kelajuan 5G adalah 20 kali ganda daripada 4G!

Tuesday, December 20, 2016

Happy birthday to me


Alhamdulillah, saya masih lagi dapat meneruskan kehidupan yang berliku-liku, setiap detik  sentiasa ada hal-hal diluar jangkaan. Hidup ini harus menerima dengan rela hati walau apa pun yang dihadapi. Setiap langkah diteruskan, andainya tak mampu, berehat seketika, andainya tak mampu, berundur lebih baik.

Terima kasih semua yang mengucapkan ulang tahun hari kelahiran saya, seperti tahun-tahun yang lalu, status tiada perubahan menyebabkan Iblis Azazil ketawa lompat-lompat keriangan.  ^_^ yang berubah adalah  angka sahaja, jiwa masih lagi remaja Generasi "Y" . Namun perubahan pada angka kali ini adalah menjadi tahun yang pertama tanpa ada bonda di dunia yang sementara ini. :( Al-Fatihah.

Sekian dari saya..
Kehidupan di dunia harus mencari, biar jujur & ikhlas tu serahkan kepada Maha Pencipta.. :)

Masa yang terus berlalu

Masa terus berlalu & sentiasa akan berlalu,
Tidak akan menunggu walaupun didalam kesayuan & kepiluan.
Perjalanan di dalam menempuh segala nikmat dunia yang dikejar semakin menjauh.
Dekatnya menjauh namun jauhnya seperti memukau pemikiran.
Ke mana lah arahnya lagi?
Bagaikan angin yang berlalu singgah hanya meninggalkan kedinginan yang memukau  jasad yang berkeringat.
Sampai bila kah namun jawapannya tanpa kata &  hanya berlalu meninggalkan bekas sisa-sisa kedinginan.

Sisa-sisa kedinginan memberi ransangan untuk mencapai namun bagaikan bintang dicapai takkan dapat dimiliki.

Akhirnya dunia yang dikejar hanya lah kosong semata-mata seperti zarah-zarah yang di dalam zat nya memberi kemanisan diluar namun didalamnya hanya lah kepahitan.

Lumrah hidup di dunia, kadang-kadang terlupa watak & peranan sebagai manusia. Kelalaian & dosa menjadi rutin kehidupan. Namun bukan lah alasan untuk mengelakkan  kesalahan.

Apa yang perlu adalah "perubahan".  Bukanlah perubahan  mengikut arus sungai yang mengalir, namun melawan arus sungai yang mengalir.

Dunia akhir zaman yang semakin meluas perkembangan dunia, dimensi apakah kita ini? Dimensi sehari bagaikan setahun?
Dimensi sehari bagaikan sebulan?
Dimensi sehari bagaikan seminggu?
Ataupun sehari bagaikan hari2 yg biasa?

Wallahualam.

Wednesday, November 30, 2016

Back to December

            November Rain sudah berlalu, kini 1 Disember, sepatutnya yang dicari sudah ada, tapi siapalah kita sebagai manusia mampu merancang hanya Tuhan menentukan.

              Hidup ni sentiasa terkuai-kuai tanpa hala tuju disebabkan adakalanya matlamat sudah lari akibat banyak rintangan di dalam perjalanan. Betul lah apa yang selalu dikatakan oleh orang ramai, hidup ni macam mudah tapi menjalani nya bukan semudah yang dirancang.

              Ada masa nya mood down hingga susah nak bangkitkan diri. Ingin melupakan segala-galanya apa yang berlaku namun tidak semua dapat dilupakan kerana apa yang berlaku dimasa lalu adalah suatu kenangan yang memang tidak dapat dilupakan.

              Menjalani hidup bersama kenangan memberikan watak berubah-ubah pendirian sehingga terlupa matlamat yang sebenar di dunia ni. Mungkin esok bangkit tapi tidak bererti selamanya dapat bangkit kerana akan ada masanya akan tumbang. 

Tuesday, November 29, 2016

Semangat yang hilang.

       Assalamualaikum. Sebenarnya lama sudah saya tak update blog ni disebabkan  kesibukan diri ku dalam hal duniawi. Hujung tahun 2016 ini, baru lah berkesempatan meluahkan kata-kata di hati ke bentuk penulisan. Walaupun begitu, hakikatnya bukan 100% apa yang hati ku alami dapat diluahkan namun bersyukurlah masih lagi mampu berdiri setelah rebah tumbang jatuh sampaikan hendak memulihkan semangat pun susah.

        Tidak dinafikan, tahun 2016 ini adalah tahun yang mencabar tetapi aku tahu, berkat Doa Ibunda In Shaa Allah, Alhamdulillah semangat ku pulih. Setelah menghabiskan masa ku dengan ambil kursus, study ke sana ke mari, kerja pun di sana sini, Alhamdulillah, rezeki sudah di sini.

          Banyak sebenarnya perkara yang dirancang tidak menjadi walaupun sudah tahu selok beloknya namun ada saja  penghalangnya. Betul lah kata orang-orang tua, "jalannya tak seindah sentuhan mata, pangkalnya jauh hujungnya belum tiba" . Alhamdulillah. Di sanalah aku belajar sesuatu yang orang lain tak akan alami. 

          Kata orang, tanpa ilmu siapa lah kita, di sana lah aku menggunakan segala ilmu dari study & pengalaman hidup. Alhamdulillah, serba sedikit, ada juga dapat diselesaikan namun ada juga yang tidak mampu ku buat.

           Okay lah. Cukuplah setakat ini. Lain tajuk lain isinya tapi beginilah keadaannya apabila luahan kata-kata dihati diluahkan melalui penulisan bertaip. Terima kasih.

Saturday, October 31, 2015

Tahniah

selamat datang blog baru keapada saudara awangku azuan.

http://akazuan.blogpot.com/